KELAB PENYOKONG PARTI HAIRAN METRO

18 July, 2010

Barisan Nasional Antara Kerajaan Terbaik Di Dunia Jaga Kebajikan Rakyat – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR 16 Julai – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah antara kerajaan terbaik dalam dunia dari segi memberi kebajikan rakyat dalam bentuk pemberian subsidi.

Jelasnya pemberian banyak subsidi itu sebenarnya tidak disedari sehinggalah apabila pengurangan dilaksanakan barulah ramai melihat betapa kerajaan BN adalah antara kerajaan terbaik dari segi memberi kebajikan kepada rakyat tanpa mengira golongan kaya atau miskin.


“Ada yang tidak tahu pun gula dan gas memasak diberi subsidi oleh kerajaan sejak sekian lama. Ini belum lagi pelbagai barangan yang diberikan subsidi.

“Tak banyak kerajaan di dunia ini sebaik kerajaan BN. Malah apabila kerajaan hendak melaksanakan penstrukturan subsidi pun ia dilakukan dalam keadaan seminimum mungkin agar tidak membebankan rakyat”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Kata beliau lagi apabila terdapat sedikit kenaikan harga barulah ramai yang perasan bahawa selama ini mereka telah menikmati rahmat kerajaan BN yang mana sebahagian nikmat itu ditarik untuk diberikan kepada yang lebih memerlukan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan semalam yang mengumumkan pemotongan subsidi bagi gula dan bahan api sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat untuk mengurangkan perbelanjaannya dan diperuntukkan untuk sektor penting seperti pendidikan dan kesihatan.

Ahmad Maslan seterusnya berkata orang ramai perlu melihat isu pemotongan subsidi untuk gula dan petrol dari sudut positif.

“Jimat penggunaan gula kerana kalau terlebih gula menjadi racun kepada kesihatan. Sudah tiba masanya rakyat belajar menguruskan perbelanjaan mereka dan tidak terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan semata-mata”, ujarnya.

No comments:

Post a Comment