KELAB PENYOKONG PARTI HAIRAN METRO

14 February, 2011

Apek Gerakan dah Mula Merepek..Bukan ke MCA tu Abang...Bagi Sudah

Koh Tsu Koon meminta semua pihak berhenti membuat tuntutan terbuka berhubung peruntukan kerusi pilihan raya kerana ia akan menghalang semangat kerjasama di kalangan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak setuju kalau tuntutan seperti ini dibuat secara terbuka sebab kalau setiap parti komponen secara terbuka menuntut kerusi itu dan ini, maka akan timbul kekecohan.

"Kalau ada hasrat yang ingin disuarakan, mereka boleh suarakan dan gunakanlah saluran dalaman yang ada, tetapi kalau dibuat secara terbuka ia adalah tidak tepat dan tidak patut berlaku sedemikian," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Gerakan Bahagian Batu di sini, Ahad.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Umno Bahagian Kepong Datuk Rizuan Hamid baru-baru ini yang meminta peruntukan kerusi Parlimen Kepong yang selama ini ditandingi Gerakan diberi kepada MCA pada pilihan raya umum akan datang.

1 comment:

  1. salam...
    aku minat jugak politik ni bro.. politik malaysia mmg gempak selepas PR12 2008!

    ReplyDelete