Pagi ini, Lebih kurang 800 orang pelajar kita di Mesir yang berlepas dari Lapangan Terbang Jeddah selamat tiba ke Tanah Air. Ketiabaan mereka disambut oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin dan beberapa Menteri Kabinet kelihatan menyambut ketibaan kumpulan pertama pelajar Mesir di KLIA hari ini.
Tahniah diucapkan kepada DS Jamil Khir, Kelab Putera dan juga pejuang-pejuang yang bertungkus-lumus membantu agar pelajar kita dapat keluar dengan selamat. Ini segaligus menutup mulut pihak pengkritik yang mempolitikkan isu ini.
YAB DS Najib juga menjawab soalan dari wartawan yang kerajaan Malaysia tidak langsung mengamalkan sikap pilih kasih apatah lagi bertanya mereka menyokong Parti Politik apa..Misi yang paling utama ialah untuk menyelamatkan pelajar Malaysia yang terperangkap dengan suasana huru-hara di Mesir.
Tidak ketinggalan juga isteri DS Najib...lengkap berbaju merah sama-sama meraikan kepulangan anak-anak mereka yang menuntut ilmu di Bumi Mesir
Remedy: Kira oklah dah ada yang dibawa pulang...kerajaan BN memang boleh diharap...teruskan usaha murni untuk membawa pulang lebihan 90% pelajar Malaysia yang masih berada di sana.
No comments:
Post a Comment