Selepas pilihan raya kecil di Tenang dan sebelum pilihan raya kecil di Merlimau, PAS pastinya akan bertungkus lumus habis habisan di kubu kuatnya untuk pengundi muda iaitu di UIA. Bukan sahaja PAS, tetapi Azmin Ali turut melihat kubu ini sebagai safe deposit untuk kemenangannya pada PRU13. Penamaan calon untuk pilihan raya kampus UIA adalah pada 16 Februari 2011 dan pengundian pada 22 Februari 2011 (baca sini). Kampus UIA sering menjadi kubu kuat bagi PAS dan PKR sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun pada tahun lepas UIA lepas daripada cengkaman tersebut bila calon pro Aspirasi menguasai pilihan raya kampus (baca sini).
13 calon Aspirasi telah menang berbanding tiga calon Pro-Mahasiswa dalam pilihan raya kampus yang lepas. Pilihan raya kampus kali ini dijangkakan menjadi tumpuan berikutan timbulnya isu simbahan cat merah di pejabat Majlis Perwakilan Pelajar yang pro Aspirasi pada 24 Januari 2011 (baca sini). Diharapkan kejadian berbentuk provokasi melampau seperti itu tidak berulang dan pelajar dapat berdemokrasi dengan cara yang sihat dan bijaksana.
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) dijangka terus berpakat dengan We Unite For Islambaca sini). Lepas habis jawatan MPP bertandinglah mereka untuk parti PAS. (WUFI) untuk memenangkan proksi PAS di UIA. Kemenangan pakatan proksi PAS dan PKR yang dikenali sebagai Pro Mahasiswa di UIA adalah amat penting untuk menghalang momentum penolakan teruk PAS di Tenang. Jika menang di UIA, PAS boleh menarik nafas lega kerana peluang di Merlimau agak tipis kerana penolakan orang tempatan pada parti tersebut. Menang di UIA bagi PAS seolah menang satu kawasan Dewan Undangan Negeri. Oleh itu, pelajar perlu memilih dengan baik pemimpin yang mereka mahu harapkan menjadi wakil mereka di MPP. Usah memilih pemimpin pelajar yang hanya mahu berkokok untuk kepentingan pihak luar.

No comments:
Post a Comment