KELAB PENYOKONG PARTI HAIRAN METRO

10 February, 2011

Tinggi Sangatkah Martabat Khalid Gagap?

Hairan aku tengok dengan si khalid ni...tak habis2 rasa tak puashati dia dengan Datuk Mohamad Khusrin Munawi...lantikan dan dibuat..dan sah..apa lagi nak dipertikailkan...kenapa? khalid takut dengan bayang2 sendiri ke..takut tembelang pecah...ada pulak boleh buat mensyuarat berasingan...ada yang Datuk Khusrin boleh hadir ada pulak yang tak boleh hadir...

MB Selangor rendahkan martabat Khusrin - Satim

KUALA LUMPUR, 10 Feb. - Pembangkang di Selangor mempersoalkan tindakan kerajaan negeri itu mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 

Datuk Mohamad Khusrin Munawi memberi keutamaan kepada hartanah milik kerajaan Selangor, yang dianggap sebagai “hanya tugas kecil”.
Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman berkata, tindakan itu menghairankan kerana soal tanah adalah di bawah bidang kuasa Pegawai Daerah dan Pejabat Tanah Negeri.

"Kami pun hairan dan mengejutkan mengapa Menteri Besar boleh berikan hanya tugas kecil sahaja kepada beliau, sedangkan tanah ini biasanya dijaga oleh Pejabat Tanah yang ada pegawai daerah.
"Jadi mengapa Mohamad Khusrin nak memantau kes-kes itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim di sini hari ini.

Mohamad Satim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang juga menyifatkan tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai merendahkan martabat pegawai-pegawai negeri Selangor jika beliau tidak ada kepercayaan terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru itu. - Bernama

 

1 comment: