KELAB PENYOKONG PARTI HAIRAN METRO

13 February, 2011

Malaysia Dalam Bahaya? Janganlah jadi Macam Mesir

“Apa yang berlaku itu (revolusi rakyat Mesir) kita (Malaysia) lebih awal lagi menyedari perkara ini apabila kita menekankan rakyat didahulukan. Apapun dasar kita, program kita mesti meletakkan prinsip utama mesti mendahulukan rakyat,” katanya.

Beliau percaya jika prinsip itu dilaksanakan rakyat akan bersama-sama kerajaan tetapi dalam erti kata bukan semua masalah boleh diselesaikan dalam sekelip mata.

Rakyat pun faham, tetapi asalkan kita mendahulukan rakyat dan memahami jangkaan rakyat bahawa kita ini mengambil tindakan dan rakyat merasai faedah hasil tindakan itu,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan ada pihak-pihak tertentu yang mahu mengikut jejak langkah penduduk Mesir yang berdemonstrasi,
Najib berkata rakyat Malaysia adalah matang dan berfikiran rasional.

Mereka tahu mana (satu) yang hak dan yang batil, dan mana (satu) yang nak dieksploit oleh mana-mana pihak.

“Saya dah buat (penjelasan tentang) poin ini. Dalam pergolakan di Mesir majoriti Barisan Nasional bertambah di Tenang, jadi ini adalah petanda yang baik,” katanya.


Mengenai laporan polis yang dibuat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mahu keluar negara untuk merancang sesuatu yang memudaratkan kepada keselamatan negara, Najib berkata beliau menyerahkan perkara itu untuk polis menyelesaikannya.


Semalam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat empat laporan polis terhadap ketua pembangkang berkenaan bagi membolehkan beliau dihalang keluar dari negara kerana didakwa merancang tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

No comments:

Post a Comment