KELAB PENYOKONG PARTI HAIRAN METRO

03 April, 2011

Duit kerajaan RM108b lesap

PUTRAJAYA – Seramai 62 orang kakitangan termasuk pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) setakat ini sudah ditahan dalam operasi sejak Isnin lalu bagi membanteras `tangan-tangan kotor’ yang menjadi punca kerajaan kehilangan hasil kira-kira RM108 bilion setahun akibat rasuah dan pengubahan wang haram.

Mereka yang ditahan membabitkan 53 lelaki dan sembilan wanita berusia 24 hingga 56 tahun dengan 80 peratus berkhidmat di lima pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.

31 March, 2011

Jawapan Harussani: Mufti Perak Terhadap Isu Video Seks Pembangkang

Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.

“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu.

Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.

Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.

Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar.

Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.

30 March, 2011

Kabinet dijangka dibubarkan hari ini

Kerajaan dijangka dibubarkan hari ini dan Kabinet akan dibentuk dalam tempoh 24 jam, kata seorang pegawai kanan di sini kepada AFP.
 
Pegawai itu yang enggan namanya disiarkan berkata, kerajaan akan mengemukakan peletakan jawatannya hari ini dan Kabinet baru bakal dibentuk dalam tempoh 24 jam

06 March, 2011

Buanglah Tongkat Ajimat Orang Melayu

JITRA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu termasuk kontraktor dan ahli perniagaan supaya bersedia membuang 'tongkat' yang diberikan oleh kerajaan sejak sekian lama kerana bantuan tersebut tidak akan berkekalan.

Menurutnya, mereka mesti berdikari dan membina kecekapan untuk maju dengan membuang anggapan akan terus mendapat pertolongan daripada kerajaan berdasarkan hak keistimewaan orang Melayu.


Beliau berkata, anggapan sedemikian menyebabkan ramai orang Melayu terus mengharapkan 'tongkat' daripada kerajaan.


"Kita jangan percaya sangat bantuan yang diterima akan kekal. Kita harus ingat dan bersedia supaya suatu hari nanti apabila tiada lagi Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan tiada lagi kerajaan yang bersimpati kepada kita, orang Melayu masih boleh berjaya kerana sudah menguasai kecekapan dalam bidang yang diceburi.


"Insya-Allah kalau kita sanggup bertungkus-lumus sehingga menjadi cekap, masa depan akan lebih terjamin dan kita tidak akan lagi bergantung kepada 'tongkat sakti' yang diberikan sejak sekian lama," katanya ketika berucap pada majlis jamuan amal anjuran Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Kedah di Dewan Wawasan Jitra, di sini malam tadi.


Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Presiden PKMM, Datuk Mokhtar Samad dan Yang Dipertua PKMM Kedah, Ahmad Fatahi Omar.


Dr. Mahathir bagaimanapun berpendapat bahawa belum tiba masanya bagi kerajaan memberhentikan bantuan kepada golongan itu kerana DEB belum lagi mencapai matlamatnya dalam memastikan orang Melayu boleh bersaing dengan kaum lain.


Katanya, meskipun terdapat usahawan Melayu berjaya tetapi majoriti daripada mereka tidak mampu bersaing dengan usahawan bukan Melayu dan sebab itu mereka masih memerlukan bantuan serta masa bagi mencapai matlamat yang disasarkan.


Menurut beliau, kontraktor Melayu perlu memberikan perhatian serius dalam meningkatkan kecekapan untuk melaksanakan sebarang projek pembangunan yang ditawarkan khususnya berhubung cara pengurusan kewangan.


Katanya, aspek itu amat penting jika mereka ingin mencapai kemajuan dan membina reputasi setanding dengan kontraktor lain tanpa perlu lagi mengharapkan bantuan kerajaan.


"Kelemahan orang Melayu ialah dalam bidang pengurusan wang. Apabila memperoleh wang, mereka kadang-kadang membelanjakannya dengan cara yang tidak mendatangkan pulangan sampai berdepan kerugian," ujarnya.


Bekas Perdana Menteri juga menasihatkan kontraktor Melayu supaya menjadikan tawaran projek sebagai satu amanah dan wajib dilaksanakan mengikut keperluan yang ditetapkan tanpa sebarang unsur penipuan.


"Kalau kita mempunyai nama baik dalam bidang ini, pihak swasta juga akan memberi peluang kepada kita," katanya.

Pembangkang jangan sampai 'bakar negara'

JASIN Pemimpin-pemimpin pembangkang diingatkan agar tidak cuba 'membakar negara' menerusi usaha-usaha mewujudkan pergolakan politik seperti yang sedang berlaku di beberapa negara Asia Barat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) ketika memberi amaran tersebut memberitahu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapat maklumat, mereka sedang merancang untuk menghuru-harakan negara menerusi tindakan ganas dan mengajak rakyat bangkit menentang kerajaan.


Beliau memberitahu, tindakan itu juga menjurus kepada usaha pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.


"ATM telah menghidu usaha pakatan pembangkang untuk menghuru-harakan negara seperti yang berlaku di Mesir, Yemen, Tunisia dan Libya.


"Saya ingin beri amaran kepada pembangkang terutama tokoh-tokoh mereka supaya jangan bakar negara kerana tindakan mereka sebenarnya cuba menggugat ketenteraman awam dan merosakkan demokrasi yang wujud di negara ini.


"Hasil maklumat diperoleh menunjukkan mereka kini sedang bergerak ke arah itu tetapi kita tidak tahu bila. Ada kemungkinan mereka gunakan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau sebagai landasan," katanya di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Common Center di sini hari ini.


Sehubungan itu, kata Ahmad Zahid, ATM menerusi tiga cabangnya iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat (TD) sudah bersiap sedia menghadapi situasi tersebut.


"Jika ada ancaman cuba dilakukan oleh pembangkang untuk menghancurkan negara, ATM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan untuk memastikan keamanan dan demokrasi dikekalkan," katanya.


Beliau berkata, usaha pakatan pembangkang itu dikesan sejak berlakunya konflik di beberapa negara Asia Barat dan ia semakin hangat menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau dan Kerdau.


Katanya, tokoh-tokoh pembangkang menggunakan pentas berkempen di kedua-dua DUN tersebut yang didapati cukup jelas cuba menghasut rakyat supaya menimbulkan kekacauan serta menanam bibit kebencian terhadap kerajaan.


Selain itu, katanya, pembangkang juga turut menghasut rakyat di DUN Merlimau dan Kerdau untuk membuat demonstrasi jalanan dan membenci Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR

02 March, 2011

Calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah tinggal di kuarters sekolah milik UMNO

Calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membuktikan bahawa kuarters sekolah yang didiaminya bersama isterinya yang merupakan seorang guru, adalah milik Umno.

Yuhaizad membuat cabaran tersebut sebagai menjawab kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan calon PAS itu sebagai tidak mengenang budi kerana tinggal di kuarters sekolah bersama isterinya itu, tetapi bertanding sebagai calon PAs.

"Saya mencabar Umno dan beliau (Muhyiddin) untuk buktikan kompleks (kuarters itu) dibina oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar bersama di pusat operasi pilihan raya DAP, dekat pekan Merlimau.

Katanya, jika Umno dan Muhyiddin dapat membuktikan sedemikian, beliau akan berpindah malam ini.

Jika tidak, kata Yuhaizad berkata, beliau akan terus tinggal di situ bersama isterinya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap keluarganya.

Semalam, Muhyiddin menyuarakan rasa kecewanya terhadap Yuhaizad dan keluarganya yang tinggal di kuarters sekolah tetapi bertanding sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Merlimau.

27 February, 2011

Panazz!!! Nik Aziz Sebesar Tahi Hidung Saya pun Tidak Sepadan

Nik Abdul Aziz juka hendak dibandingkan dengan Tun Mahathir...sebaesar tahi hidung saya pun tidak padan...adeh...keras jugak kenyataan Presiden PERKASA...Datuk Paduka yang sudah tiada Paduka..so sekarang tinggal hanya Datuk Ibrahim Ali.

Beliau membuat kenyataan tersebut ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 ribu orang yang hadir pada Perhimpunan Melayu Perkasa Perak di Pasir Salak...beliau membuat perbandingan jasa dan juga pencapaian 20 tahun Tuan Guru menjadi Menteri Besar Kelantan dan juga pencapaian Tun Mahathir.

Sumber: Utusan

16 February, 2011

Lagi cubaan Guan Eng tindas Melayu, kali ini nak cuba tindas pelajar pula.

GEORGETOWN, 16 Februari: Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempertimbangkan cadangan untuk memberikan bantuan RM1,000 kepada setiap pelajar dari negeri ini yang hendak kembali melanjutkan pelajaran di beberapa buah univesiti di Mesir tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, DatukMansor Othman berkata, cadangan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco terlebih dahulu sebelum mendapat keputusan mutlak.
Ini berikutan rata-rata ibu bapa merasa resah mencari dana untuk menghantar anak mereka belajar setelah kembali ke tanah air menerusi Operasi Piramid (Ops Piramid) kelolaan Kerajaan Persekutuan.

Beliau yakin Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) akan membantu menerusi Pusat Urus Zakat (PUZ).
"Kerajaan negeri akan mencari jalan bagaimana untuk membantu pelajar dari Mesir untuk kembali belajar di sana bila keadaan di sana benar-benar aman.

“Insya Allah kita akan mencari dana bagi mengatasi kegusaran ibu bapa yang rata-ratanya daif," tegasnya ketika pertemuan dengan pelajar Mesir di Dewan Sri Pinang, semalam.

Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria memberitahu, PUZ akan cuba mengeluarkan dana kepada pelajar yang betul-betul memerlukan peruntukan untuk kembali menyambung pelajaran di sana.

Surat Terbuka Dr Mahathir kepada PM Tunku Abdul Rahman Putra bertarikh 17 Jun 1969

Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,


Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.


Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.


Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China.
Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.


Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku.
Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.


Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.


Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.


Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

15 February, 2011

Rumah Blogger Politik dipecah Masuk

Kejadian ni berlaku petang semalam...tapi waktu tepat bila penyamun tu pecah rumah aku tak pasti...tapi aku keluar rumah pukul 5.30 petang dan balik pukul 7 malam....kejadian dh berlaku...so penyamun ni menyamun time tulah.

Wife dan anak aku masih trauma dgn kejadian ni...wife aku yang sedang menunggu hari utk lahirkan anak kedua rasa dah tak selamat tinggal di rumah...anak aku siap demam  dan sejak semalam senyap tak banyak cakap...kesian...dan aku pulak masih dalam keadaan pening2 lalat sebab nak ganti barang2 customer yang dibawa lari sekali oleh penyamun bengong tu.
Dua bijik lappy aku dikebasnya...termasuklah lappy kesayangan aku Lenovo tu dan sebijik HP pavillion yang baru aku beli ttak sampai 2 minggu...sebijik LCD projector (ni customer punyer)...digital camera dan 2 bijik handset...anggaran kerugian hampir rm5,000

Laporan polis dah dibuat dan dalam siasatan. Tapi D8 tak jumpa apa2 kesan cap jari asing di dalam rumah aku...sungguh licik kau penyamun...polis kata penyamun ni memang dh selalu menyamun dan guna glove...so tiada jejak.
Tapi aku tetap bersyukur kerana isteri dan anak tak apa2...barang yang hilang boleh diganti tapi isteri dan anak kesayangan aku keluar air mata darah pun....