KELAB PENYOKONG PARTI HAIRAN METRO

Showing posts with label Isu Politik. Show all posts
Showing posts with label Isu Politik. Show all posts

07 February, 2011

Kenapa Masih Ramai Melayu Atas Pagar?

Melayu atas pagar...ya topik aku untuk hari ni ialah Melayu atas pagar....kenapa mesti atas pagar? boleh hidup ke kalau selalu bersilai atas pagar? selamatkah Melayu atas pagar? ke mana hala tuju Melayu atas pagar?

pernah suatu ketika pada awal tahun 98 sehinggalah pada tahun 99 aku pada masa itu adalah seorang pelajar hingungan form 6 memabawa sepantuk wajah Anwar yang lebam di mata kononnya ditumbuk ketika dalam tahanan....tapi sebenarnya aku mengangkat sepanduk tanpa mendedahkan wajah sebenar aku...guna topeng...kenapa aku bertopeng? sebab aku mengangkat sepanduk di bumi UMNO dilahirkan...nak kena pulau...hah...tunjuklah muka...

Pernah aku sama-sama berkempen di seksyen 8...di shah alam sewaktu pintu pagar surau seksyen 8 dimangga dan dikunci atas arahan siapa pun aku tak pasti....aku bersungguh-sungguh ikut menyalak supaya surau dibuka semula bagi memeudahkan penduduk sekitar beribadah....

kedua-dua peristiwa di atas aku lakukan tanpa memahami apa sebenarnya politik...yang aku tahu pada masa itu ialah ikut2 orang lain...yang selebihnya aku buat atas dasar ingin tahu...pengakuan aku di sini..sepanjang aku menjadi rakyat Malaysia...aku tidak pernah mengundi....yang ini aku paling menyesal...sebab aku dalam keadaan kusut nak mengundi siapa...

Tapi pada tahun 2008..setelah satu negeri tumpang hinggalah 5 negeri tumpang di tangan pakatan rakyat yang tak berapa berpakat dalam banyak isu buatkan aku tersentak.....aku kini tidak boleh lagi bersidai atas pagar dan sekadar tunggu dan lihat....aku mahukan sebuah parti politik yang ada hala tujuan...biarlah mereka kata aku apa sekalipun....aku tetap akan berjuang untuk UMNO...tapi aku tetap juga akan pilih bulu.....aku mahukan peminpin UMNO yang benar2 memimpin...bukan sekadar melepaskan batuk di tangga....

18 January, 2011

Saman Ummi Hafilda: Biar Mahkamah Putuskan - Nazri

Saman Ummi Hafilda: Biar Mahkamah Putuskan - Nazri
SETIU: "Itu Karpal yang kata, Karpal bukan hakim," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berhubung isu saman RM700 juta yang ingin difailkan Ummi Hafilda Ali termasuk terhadap Karpal Singh.

Menurut Nazri, kenyataan Karpal yang mempertikai kelayakan Ummi Hafilda memfailkan saman berkenaan kerana faktor masa membayangkan seolah-olah PengerusiKebangsaan DAP mengharapkan saman itu tidak diteruskan.

"Karpal bukan hakim untuk buat keputusan itu. Macam sudah tak ada alasan lain.

"Apa saja kes terhadap Karpal, bawa sajalah, biar mahkamah yang putuskan," katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Karpal semalam yang menggesapeguam mewakili Ummi Hafilda agar terlebih dahulu memahami dan meneliti peruntukan undang-undang sebelum memfailkan saman terhadap beliau.

Dalam sidang medianya di George Town pada Ahad, Karpal berkata, berdasarkanperuntukan undang-undang, seseorang yang ingin menyaman mana-mana pihak atas sebarang sebab sebenarnya diberi tempoh tidak lebih dari enam tahun.

Bagaimanapun, menurut peguam kanan itu, kes melibatkan Ummi Hafilda telah melepasi had enam tahun kerana berlaku lebih 13 tahun lalu.

Ummi Hafilda yang merupakan adik Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali dilaporkan mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Karpal serta PAS.

Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu.

Saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar.

Wan Azizah dan PAS masing-masing disaman RM100 juta. - BERNAMA

18 July, 2010

Barisan Nasional Antara Kerajaan Terbaik Di Dunia Jaga Kebajikan Rakyat – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR 16 Julai – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah antara kerajaan terbaik dalam dunia dari segi memberi kebajikan rakyat dalam bentuk pemberian subsidi.

Jelasnya pemberian banyak subsidi itu sebenarnya tidak disedari sehinggalah apabila pengurangan dilaksanakan barulah ramai melihat betapa kerajaan BN adalah antara kerajaan terbaik dari segi memberi kebajikan kepada rakyat tanpa mengira golongan kaya atau miskin.

16 July, 2010

Isu pasir: Umno, PERKASA berdemo di SUK

Lebih 200 penyokong Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) merempuh barisan polis di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam dalam demonstrasi membantah cara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mentadbir pengeluaran pasir negeri.

Mereka meluru ke arah penyokong Pakatan Rakyat yang berkumpul di dalam kawasan bangunan pentadbiran itu.Polis bagaimanapun berjaya menenangkan keadaan dan memberikan masa 15 minit untuk masing-masing bersurai. Seorang lelaki ditangkap tetapi dilepaskan sejurus selepas itu.

PRU 13: Warga asing dapat status penduduk tetap

KUALA LUMPUR, Julai: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengesyaki terdapat sindiket haram pemberian kad pengenalan kepada warga asing berstatus penduduk tetap melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen.

Mahfuz pada sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, keraguan itu timbul apabila ianya didedahkan kepada beliau dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar oleh individu yang ditawarkan untuk membuat permohonan taraf warganegara tersebut.

MB Selangor: TPM subahat jika tak tangkap pencuri pasir

MB: TPM subahat jika tak tangkap pencuri pasir
Jul 14, 10 5:50pm
Selangor telah menghantar surat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon kerjasama timbalan perdana menteri itu dalam menangani isu kecurian pasir di negeri itu, kata menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim.

Katanya, surat yang sama telah dihantar hari ini kepada menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail serta ketua polis negeri Datuk Khalid Abu Bakar.

UMNO DAN PAS PERLU DUDUK SEMEJA

PUTRAJAYA 14 Julai - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, usaha UMNO untuk menjalin kerjasama dengan Pas tidak akan menjadi kenyataan selagi kedua-dua pihak tidak duduk semeja untuk membincangkannya secara serius.

Menurutnya, Pas perlu mengetepikan kepentingan politik jika mahu duduk berbincang dengan UMNO dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini.