KELAB PENYOKONG PARTI HAIRAN METRO

Showing posts with label Isu Agama. Show all posts
Showing posts with label Isu Agama. Show all posts

14 February, 2011

Panazz: Artis Bergelar Sharifah Sofia Pertikai Pengharaman Valentine's Day

Rasanya anda semua yang beragama Islam sudah sedia maklum yang menyambut atau meraikan Valentine Day atau disebut juga sebagai Hari Kekasih adalah haram kerana ianya jauh menyimpang dari budaya Melayu apatah lagi ajaran agama Islam. 

Berbalik kepada apa yang kami nak sampaikan kepada anda, Sharifah Sofia melalui laman Twitter’nya cuba mempertikaikan tentang isu pengharaman sambutan Valentines Day. Antara persoalan yang dibangkitkan oleh Sharifah Sofia ialah:
“Jika benar ianya haram, mengapa tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini tidak diharamkan?”
Wahai puan Sharifah Sofia, bukankah dari dulu lagi yang Valentine Day sememangnya haram disambut oleh orang Islam? Kenapa pula anda cakap “mengapa tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini tidak diharamkan”? Tak faham kami.

Ekoran dari persoalan yang dibangkitkan oleh Sharifah Sofea itu, beberapa pengikut Twitternya telah menjawab persoalan tersebut. Anda boleh bacanya kat bawah ni.


Dia ni tak habis-habis dengan isu kontroversi yang memababitkan hukum agama. Belumpun reda isu pegang anjing dah bikin panazz dengan isu lain lagi...

Credit to Zon Artis.Com

13 February, 2011

Gempar!!! Tuntutan Penganut Kristian Supaya Media Prima dan Ustazah Siti Bahyah Minta Maaf

MCA: TV patut tak siar rancangan ada Siti Bahyah Feb 11, 11 7:55pm Kongsi 27 MCA mendesak kumpulan media terbesar Media Prima menghentikan dan mengelakkan penyiaran program berkaitan selebiti televisyen Siti Nor Bahyah Mahamood selagi beliau tidak memohon maaf kepada masyarakat Kristian ekoran kenyataan tentang hari Valentine.

Timbalan pengerusi biro publisiti MCA Loh Seng Kok berkata, Media Prima patut mengumumkan kumpulan itu tidak terlibat dengan kenyataan Siti Nor Bahyah yang didakwa berkata bahawa “maksiat, disko, 'couple-couple', bersunyi-sunyian" sebagai tradisi masyarakat Kristian.