KELAB PENYOKONG PARTI HAIRAN METRO

Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

02 March, 2011

Calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah tinggal di kuarters sekolah milik UMNO

Calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membuktikan bahawa kuarters sekolah yang didiaminya bersama isterinya yang merupakan seorang guru, adalah milik Umno.

Yuhaizad membuat cabaran tersebut sebagai menjawab kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan calon PAS itu sebagai tidak mengenang budi kerana tinggal di kuarters sekolah bersama isterinya itu, tetapi bertanding sebagai calon PAs.

"Saya mencabar Umno dan beliau (Muhyiddin) untuk buktikan kompleks (kuarters itu) dibina oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar bersama di pusat operasi pilihan raya DAP, dekat pekan Merlimau.

Katanya, jika Umno dan Muhyiddin dapat membuktikan sedemikian, beliau akan berpindah malam ini.

Jika tidak, kata Yuhaizad berkata, beliau akan terus tinggal di situ bersama isterinya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap keluarganya.

Semalam, Muhyiddin menyuarakan rasa kecewanya terhadap Yuhaizad dan keluarganya yang tinggal di kuarters sekolah tetapi bertanding sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Merlimau.

14 February, 2011

Terkini: Pemuda PAS Pusat Dakwa Selebriti Akan Join PAS.....

Gempar kononnya ada selebriti tanahair yang akan menyerahkan borang kemasukan sebagai ahli PAS...Agak2 siapa ya?...Mungkinkah Bob Lokman?...jom terjah

TASEK GELUGOR, 14 Feb: Himpunan 30 ribu Pemuda PAS Kedah yang akan diadakan pada 19 Februari ini akan memberi satu kejutan besar.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar ketika ditemui selepas majlis perasmian pelancaran amanat pilihan raya umum ke-13 kepada Pemuda PAS Pulau Pinang bertempat di markas PAS Pongsu Seribu semalam.

Dalam pertemuan tersebut beliau juga mengatakan seorang selebriti terkenal negara yang begitu popular akan menyerahkan borang menyertai PAS.

11 February, 2011

waadat: isu valetine: beranikah Nasha sanggah DAP?

PAS benar-benar telah berubah. Anwar benar-benar telah berjaya mengubah PAS melalui agen-agen yang diserap sebelum tragedi 1999 mahupun kemasukan beramai-ramai selepas kesnya terbongkar.

Begitu juga dalam isu sambutan valentine yang dijadikan isu semasa para pemain politik, baik UMNO mahupun PAS.

Namun perjanjian dengan DAP menyukarkan PAS memanipulasi isu tersebut sepenuhnya.

Lihat tuliisan Dr Novandri tentang hal tersebut di bLOG M . I . M



waadat: isu valetine: beranikah Nasha sanggah DAP?

Penjelasan PAS mengenai salahlapor AFP tentang kempen cegah maksiat Valentine

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menafikan laporan AFP yang mendakwa beliau mengatakan pihak berkuasa agama di negeri Pakatan Rakyat akan menjalankan pemeriksaan terhadap pasangan pada malam 14 Februari ini.

Sebaliknya, beliau hanya berkata, pemuda PAS sedia memberi kerjasama kepada mana-mana kerajaan negeri khususnya Pakatan Rakyat dalam usaha membendung perbuatan tidak bermoral masyarakat pada malam Valentine’s Day tersebut.


Katanya, ianya sesuai dengan amalan rutin pemuda PAS yang sering kali turun menyebarkan risalah dakwah kepada masyarakat khususnya beragama Islam pada malam sambutan tahun baru atau Valentine’s Day, agar tidak melakukan perbutan tidak bermoral.


"Saya tidak jahil tentang autoriti dan bidang kuasa yang ada pada kerajaan negeri.


"Saya tidak buat arahan kepada kerajaan negeri supaya ikut pemuda PAS.


"Wartawan yang menelefon saya itu telah tersalah faham," jelasnya kepada Harakahdaily.


AFP dalam laporannya semalam meletakkan tajuk “Pakatan states plan Valentine’s Day crackdown”.


Agensi berita itu memetik kenyataan Nasrudin sebagai berkata bahawa pihak berkuasa agama di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan and Selangor akan mengadakan pemeriksaan terhadap mana-mana pasangan pada malam 14 Februari ini.


Sejak kenyataanya disiarkan AFP semalam, Nasrudin menerima kritikan hebat dari rakan komponen parti Pakatan Rakyat lain termasuk Pemuda DAP.


Mereka mendakwa perkara tersebut tidak pernah dibincangkan bersama dalam mana-mana mesyuarat Pakatan Rakyat.


Pemuda PAS juga dakwa mereka, telah melangkaui bidang kuasa kerajaan negeri dengan mengeluarkan 'arahan' tersebut.


Bagaimanapun, Nasrudin hari ini menafikan laporan tersebut dan mendakwa berlaku sedikit salah faham dalam laporan agensi berita tersebut.


"Saya hanya menyatakan kami bersedia bekerjasama dengan negeri yang mempunyai hasrat yang sama dengan kami.


"Saya yakin tidak ada negeri yang suka gejala sosial berleluasa, termasuk DAP Pulau Pinang.


"Jadi atas dasar itu lah kami membuat tawaran untuk membantu kerajaan negeri, itu pun kalau mereka mahu," jelasnya.


Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini telah memfatwakan haram bagi umat Islam menyambut Valentine’s Day, atau Hari Kekasih pada setiap 14 Februari. 
 

Gempar!!! UMNO mengganas di Pasir Puteh

PASIR PUTEH, 9 Feb – Seramai 30 anggota PAS termasuk bekas Timbalan Ketua PAS Cawangan Bunut Rendang Raja Abdullah Raja Mahmod dan bekas Ketua Muslimat PAS Semerak Noriah Salleh menyertai Umno hari ini.



 “Kami tidak mahu lagi menjadi pengikut kepada sebuah parti yang hilang arah tuju, sekali boleh dan sekali tak boleh,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang itu.

Pemimpin PAS sentiasa membuat sangkaan buruk terhadap anggota Umno seperti mengkafirkannya sedangkan Islam melarang keras umatnya berbuat demikian dan menggalakkan umatnya supaya sentiasa membuat sangkaan baik terhadap sesama Islam.


10 February, 2011

Petanda Besar Rakyat Malaysia Tolak Pembangkang!!!!

Ibu dan bapa pelajar parti pembangkang, belajarlah bersyukur..kenang budi dan berterima kasih pada kerajaan Barisan Nasional kerana telah berusaha dan berjaya selamatkan anak-anak mereka di Mesir pulang ke tanah air dengan selamat. Cuba-cubalah lafazkan Alhamdulillah.-Guru Pondok
.
Petikan dari Utusan dalam ruangan SMS....Memang sikap pembangkang di Malaysia, semuanya pandai bercakap sahaja..suka burukkan kerajaan walaupun perbuatan baik kerajaan mereka juga yang akan dapat hasilnya...dan Demonstrasi anti Mubarakoleh PAS sepatutnya pas buat solat hajat minta Allah berikan keselamatan pada pelajar Malaysia dan supaya keadaan bertambah aman. Ini sibuk buat demonstrasi.

18 July, 2010

Hapus cukai 5 tahun jika Pakatan jadi kerajaan

KUALA KRAI, 17 Julai: Pakatan Rakyat sedia mencari jalan untuk memansuhkan cukai selama lima tahun sekiranya rakyat sedia memberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Demikian tawaran AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar) semalam pada suatu majlis Pakatan Rakyat negeri di sini.

"Kalau Pakatan Rakyat dapat ambil alih (kerajaan) Pusat lepas PRU13, cukai pendapatan akan dimansuhkan sepenggal atau sekurang-kurangnya kakitangan kerajaan tak perlu bayar sepenggal," ujar beliau.

16 July, 2010

Isu pasir: Umno, PERKASA berdemo di SUK

Lebih 200 penyokong Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) merempuh barisan polis di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam dalam demonstrasi membantah cara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mentadbir pengeluaran pasir negeri.

Mereka meluru ke arah penyokong Pakatan Rakyat yang berkumpul di dalam kawasan bangunan pentadbiran itu.Polis bagaimanapun berjaya menenangkan keadaan dan memberikan masa 15 minit untuk masing-masing bersurai. Seorang lelaki ditangkap tetapi dilepaskan sejurus selepas itu.

PRU 13: Warga asing dapat status penduduk tetap

KUALA LUMPUR, Julai: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengesyaki terdapat sindiket haram pemberian kad pengenalan kepada warga asing berstatus penduduk tetap melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen.

Mahfuz pada sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, keraguan itu timbul apabila ianya didedahkan kepada beliau dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar oleh individu yang ditawarkan untuk membuat permohonan taraf warganegara tersebut.

MB Selangor: TPM subahat jika tak tangkap pencuri pasir

MB: TPM subahat jika tak tangkap pencuri pasir
Jul 14, 10 5:50pm
Selangor telah menghantar surat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon kerjasama timbalan perdana menteri itu dalam menangani isu kecurian pasir di negeri itu, kata menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim.

Katanya, surat yang sama telah dihantar hari ini kepada menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail serta ketua polis negeri Datuk Khalid Abu Bakar.

UMNO DAN PAS PERLU DUDUK SEMEJA

PUTRAJAYA 14 Julai - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, usaha UMNO untuk menjalin kerjasama dengan Pas tidak akan menjadi kenyataan selagi kedua-dua pihak tidak duduk semeja untuk membincangkannya secara serius.

Menurutnya, Pas perlu mengetepikan kepentingan politik jika mahu duduk berbincang dengan UMNO dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini.