KELAB PENYOKONG PARTI HAIRAN METRO

14 February, 2011

Apek Gerakan dah Mula Merepek..Bukan ke MCA tu Abang...Bagi Sudah

Koh Tsu Koon meminta semua pihak berhenti membuat tuntutan terbuka berhubung peruntukan kerusi pilihan raya kerana ia akan menghalang semangat kerjasama di kalangan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak setuju kalau tuntutan seperti ini dibuat secara terbuka sebab kalau setiap parti komponen secara terbuka menuntut kerusi itu dan ini, maka akan timbul kekecohan.

"Kalau ada hasrat yang ingin disuarakan, mereka boleh suarakan dan gunakanlah saluran dalaman yang ada, tetapi kalau dibuat secara terbuka ia adalah tidak tepat dan tidak patut berlaku sedemikian," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Gerakan Bahagian Batu di sini, Ahad.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Umno Bahagian Kepong Datuk Rizuan Hamid baru-baru ini yang meminta peruntukan kerusi Parlimen Kepong yang selama ini ditandingi Gerakan diberi kepada MCA pada pilihan raya umum akan datang.

Sedih!!! PKR Terpaksa Kutip Derma....Janganlah Jadi Pengemis


Parti Keadilan Rakyat Wilayah Persekutuan akan mengadakan satu Majlis Makan Malam pada 12 March 2011 di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Tujuan makan malam ini diadakan adalah untuk mengumpulkan dana sebagai persediaan menghadapi Pilihanraya Umum 13 yang bakal diadakan mungkin pada tahun ini atau bila-bila masa sahaja.

Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Wilayah Persekutuan ingin memohon jasa baik dari pendokong-pendokong Parti,Pakatan berserta individu-individu yang bermurah hati untuk turut sama menyumbang dalam menjayakan Majlis Makan Malam ini.

Tiket-tiket makan malam ini berharga RM 100, RM 80, dan RM 60 bagi setiap kerusi, dan untuk tiket VIP berharga RM 3000, dan RM 1000 setiap kerusi. Sekiranya Dato'/Datin/ Dr./Ir./YB/Tuan/Puan/Saudara/Saudari berminat untuk menderma sambil makan atau menderma sahaja, bolehlah menghubungi saya JOE di talian 017-2446056 atau emelkan ke suk.wilayah@keadilanrakyat.org
Tempat adalah terhad kepada 3000 orang sahaja..

Taib akan bubar DUN Sarawak minggu ini?

Feb 14 — Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud will meet with the Sarawak Governor this Friday to seek his consent to dissolve the state assembly, sources say.

A source at Astana Sarawak told The Malaysian Insider the chief minister’s office had called last week to fix a February 18 appointment with Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng for that purpose.


Another source in the state government said district officers have been asked to freeze leave for their staff as of February 19, when the dissolution is expected to be announced.


A February dissolution would lend weight to speculation that Taib will call for state elections in March or April, ahead of the expiry of the state assembly’s term in July.


The Election Commission (EC) is required to hold elections within 60 days of the assembly’s dissolution.


The Malaysian Insider reported yesterday that the Barisan Nasional (BN) has decided not to hold a general election simultaneously with Sarawak as Datuk Seri Najib Razak wants to finish touring the country first.

Terkini: Pemuda PAS Pusat Dakwa Selebriti Akan Join PAS.....

Gempar kononnya ada selebriti tanahair yang akan menyerahkan borang kemasukan sebagai ahli PAS...Agak2 siapa ya?...Mungkinkah Bob Lokman?...jom terjah

TASEK GELUGOR, 14 Feb: Himpunan 30 ribu Pemuda PAS Kedah yang akan diadakan pada 19 Februari ini akan memberi satu kejutan besar.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar ketika ditemui selepas majlis perasmian pelancaran amanat pilihan raya umum ke-13 kepada Pemuda PAS Pulau Pinang bertempat di markas PAS Pongsu Seribu semalam.

Dalam pertemuan tersebut beliau juga mengatakan seorang selebriti terkenal negara yang begitu popular akan menyerahkan borang menyertai PAS.

Bahan Bakar!!! Pembangkang Pasti Suka Isu ni....Terjah

PANGGILAN kecemasan kepada talian 999 untuk mendapat bantuan polis tidak lagi dapat menolong anda! Inilah kesimpulan yang dapat dibuat oleh sesiapapun apabila membaca penjelasan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdullah berhubung dengan kelewatan polis tiba di lokasi setelah panggilan dibuat oleh Pengarang Sukan Utusan Malaysia, Meor Harman Shakri semasa keretanya dirompak oleh empat lelaki bersenjata berhampiran Plaza Tol Rawang di awal pagi baru-baru ini. (Utusan Malaysia 9 Januari).

Meor Harman telah membuat panggilan kecemasan 999 sebanyak empat kali sebelum keluar dari keretanya yang dilanggar dari belakang dan dihalang setelah memintasnya. Salah seorang daripada penjenayah memasuki keretanya tetapi sebelum keluar dari kereta Meor telah pun menelefon 999 empat kali.

Polis hanya tiba di lokasi itu sejam kemudian. Memalukan! Di Amerika Syarikat panggilan 911 ialah panggilan kecemasan nasional satu negara.

Penjelasan daripada Ketua Polis Daerah Gombak ialah

Panazz: Artis Bergelar Sharifah Sofia Pertikai Pengharaman Valentine's Day

Rasanya anda semua yang beragama Islam sudah sedia maklum yang menyambut atau meraikan Valentine Day atau disebut juga sebagai Hari Kekasih adalah haram kerana ianya jauh menyimpang dari budaya Melayu apatah lagi ajaran agama Islam. 

Berbalik kepada apa yang kami nak sampaikan kepada anda, Sharifah Sofia melalui laman Twitter’nya cuba mempertikaikan tentang isu pengharaman sambutan Valentines Day. Antara persoalan yang dibangkitkan oleh Sharifah Sofia ialah:
“Jika benar ianya haram, mengapa tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini tidak diharamkan?”
Wahai puan Sharifah Sofia, bukankah dari dulu lagi yang Valentine Day sememangnya haram disambut oleh orang Islam? Kenapa pula anda cakap “mengapa tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini tidak diharamkan”? Tak faham kami.

Ekoran dari persoalan yang dibangkitkan oleh Sharifah Sofea itu, beberapa pengikut Twitternya telah menjawab persoalan tersebut. Anda boleh bacanya kat bawah ni.


Dia ni tak habis-habis dengan isu kontroversi yang memababitkan hukum agama. Belumpun reda isu pegang anjing dah bikin panazz dengan isu lain lagi...

Credit to Zon Artis.Com

13 February, 2011

Gempar!!! Tuntutan Penganut Kristian Supaya Media Prima dan Ustazah Siti Bahyah Minta Maaf

MCA: TV patut tak siar rancangan ada Siti Bahyah Feb 11, 11 7:55pm Kongsi 27 MCA mendesak kumpulan media terbesar Media Prima menghentikan dan mengelakkan penyiaran program berkaitan selebiti televisyen Siti Nor Bahyah Mahamood selagi beliau tidak memohon maaf kepada masyarakat Kristian ekoran kenyataan tentang hari Valentine.

Timbalan pengerusi biro publisiti MCA Loh Seng Kok berkata, Media Prima patut mengumumkan kumpulan itu tidak terlibat dengan kenyataan Siti Nor Bahyah yang didakwa berkata bahawa “maksiat, disko, 'couple-couple', bersunyi-sunyian" sebagai tradisi masyarakat Kristian.

Malaysia Dalam Bahaya? Janganlah jadi Macam Mesir

“Apa yang berlaku itu (revolusi rakyat Mesir) kita (Malaysia) lebih awal lagi menyedari perkara ini apabila kita menekankan rakyat didahulukan. Apapun dasar kita, program kita mesti meletakkan prinsip utama mesti mendahulukan rakyat,” katanya.

Beliau percaya jika prinsip itu dilaksanakan rakyat akan bersama-sama kerajaan tetapi dalam erti kata bukan semua masalah boleh diselesaikan dalam sekelip mata.

Rakyat pun faham, tetapi asalkan kita mendahulukan rakyat dan memahami jangkaan rakyat bahawa kita ini mengambil tindakan dan rakyat merasai faedah hasil tindakan itu,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan ada pihak-pihak tertentu yang mahu mengikut jejak langkah penduduk Mesir yang berdemonstrasi,
Najib berkata rakyat Malaysia adalah matang dan berfikiran rasional.

Mereka tahu mana (satu) yang hak dan yang batil, dan mana (satu) yang nak dieksploit oleh mana-mana pihak.

“Saya dah buat (penjelasan tentang) poin ini. Dalam pergolakan di Mesir majoriti Barisan Nasional bertambah di Tenang, jadi ini adalah petanda yang baik,” katanya.


Mengenai laporan polis yang dibuat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mahu keluar negara untuk merancang sesuatu yang memudaratkan kepada keselamatan negara, Najib berkata beliau menyerahkan perkara itu untuk polis menyelesaikannya.


Semalam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat empat laporan polis terhadap ketua pembangkang berkenaan bagi membolehkan beliau dihalang keluar dari negara kerana didakwa merancang tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Pengerusi Viva Palestina Meninggal Dunia: Al-Fatihah


Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM), Datuk Adnan Mohd. Tahir meninggal dunia di Hospital Pantai, Bangsar akibat serangan jantung.

Allahyarham yang juga Presiden OrphanCARE meninggal dunia selepas dihantar ke Hospital itu apabila ditemui pengsan di dalam bilik air pada kira-kira jam 2.30 pagi. Arwah meniggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

Jenazah dibawa ke Masjid Saidina Abu Bakar di Bangsar untuk disembahyang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas Solat Zohor.

Al-Fatihah dan Takziah buat keluarga Allahyarham

12 February, 2011

ADUN Kerdau Meninggal Dunia

Adun BN Kerdau dalam Parlimen Kuala Krau, Pahang, Datuk Zaharudin Abu Kassim telah meninggal dunia sebentar tadi jam 6.30 akibat serangan sakit jantung.

Sebelum ini, Datuk Zaharudin Abu Kassim pernah menjalani pembedahan ekoran kebocoran usus pada tahun lalu.

Allahyarham menang kerusi DUN Kerdau dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

DUN Kerdau merupakan kubu kuat PAS negeri Pahang dimana PAS negeri beroperasi di dalam DUN tersebut.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain kaum.

Jenazah beliau diberitakan akan dikebumikan pada esok pagi di Kuala Krau. Semoga Allah menempatkan roh beliau disisi para solihin amin... 


SUMBER